.. bicara hati ..

.. ini cerita soal hati . kadang kadang , setiap kata kata yang terucap dari bibir tidak sekata dengan hati . malah, disebalik kata kata itu mungkin adanya pembohongan . tetapi tidak pada hati . kerana hati tidak mungkin berbohong . ya . hati sememangnya tidak pernah berbohong dengan apa yang dirasakan melalui perasaan . tetapi , pembohongan dari kata kata yang terucap mungkin sekali mempunyai sebab sebab nya yang tersendiri .

manusia mungkin berbohong demi menjaga hati
manusia mungkin berbohong demi menjaga aib serta maruah
manusia mungkin berbohong demi menyembunyikan perasaan sebenar yang di rasai
manusia mungkin berbohong demi memendam sebuah kedukaan
manusia mungkin berbohong demi menjaga sesebuah perhubungan drpd tercalar
manusia mungkin berbohong demi menyatakan keikhlasan walaupun pada zahirnya tidak wujud keikhlasan itu
manusia mungkin juga berbohong mengenai perasaannya, tetapi akan mengucapkan kata kata yang penuh makna tersirat
dengan itu, manusia sentiasa berbohong dengan hati sendiri kerana terlalu ingin menjaga sekeping hati insan yg disayangi, tanpa berlaku adil dengan hatinya sendiri.

pernah anda terfikir, mengapa manusia berbohong dengan hati & perasaan sendiri ? ? sedangkan dia tahu bahawa akibat drpd pembohongan itu akan mencalarkan sekeping hati miliknya .

*berbicaralah dari hati ke hati*
*bicara soal hati memerlukan kesefahaman serta penerimaan positif dari kedua-dua pihak . berbicaralah secara adil dan saksama . insya'allah akan bahagia di kemudian hari jika wujudnya kesefahaman itu & berusaha untuk memperbaiki kesilapan lalu .

p/s : berbohong itu kadangkalanya WAJIB (dengan niat yang baik) =))




No comments: