Can't wait !!! :)




hai semua . alhamdulillah dah masuk hari ke 15 kita sebagai umat islam berpuasa di bulan Ramadan , bulan yang penuh dengan kemuliaan , penuh dengan keberkatan . bermakna hanya tinggal 15 hari je lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal . macam mana agaknya sambutan syawal tahun ni ye . harap-harap lebih meriah dari sebelum-sebelum ni . mudah2an :)


tapi , yang aku nak story hari ni bukan la pasal nak sambut raya . hehehe . nak tahu tak sebab apa . sebabnya hari ni , 4 ogos 2012 ialah hari dimana aku bersama rakan-rakan di Giatmara satu masa dulu akan menghadiri reunion + majlis berbuka puasa di Shah Alam . yeay !




tak sabar rasanya nak berjumpa semula dengan mereka2 yang pernah mewarna-warnikan hidup aku masa tu . especially 4 orang kawan baik aku , zafira , azalia , syikin dan fatin . mereka2 ni la yang paling rapat dengan aku masa tu memandangkan kami semua adalah dari kos yang sama iaitu kos Jahitan Pakaian Wanita . eh , betul ke tidak nama kos aku ni . bantai la . heeee . yang penting ada kena mengena dengan jahitan kan .

so hari ni insya'allah pukul 2 petang aku akan bertolak dari rumah . tak sabar kot . semoga Allah permudahkan perjalanan kami hari ini . amin~

Al-fatihah ..



di sini aku nak bagitahu pd semua rakan-rakan blog bahawa semalam, kakak ipar ayah aku , atau lebih dikenali sebagai makngah, telah pulang ke rahmatullah sebelum masuk waktu asar . akhirnya Allah menjemput makngah pulang ke sisiNya . mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku ni dan ternyata Allah lebih sayangkan makngah . salam takziah aku ucap kepada seluruh family makngah , terutama anak sedara yang sebaya dengan aku , haris zuky . makngah merupakan opah kepada haris memandangkan arwah pakngah (suami makngah) ialah abg kepada ayah aku .





so , aku mintak jasa baik rakan-rakan blogger semua , marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah makngah supaya arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . amin ~

kau kau aku aku .. okay ?




akhirnya terjawab segala persoalan dalam kepala otak aku . pasal ape ye ? ohh pasal die la . die tu sape ? pandai2 kome la nk fikir sape ye . nak taw lebih lanjut , bace entry aku sebelum2 nih okeng ? ^_^


haish , nak kata aku cemburu tak jugak . tapi kan , bila dah bergelar boifren tu , rasenye tak patut lah kan buat macam tu . tanpa ada rasa bersalah atau segan silu dengan aku . now , bila aku dah membacainye pun , dan bila aku dah buat status fb yang buat kau terase (maybe) , baru tawu nak delete post tu . haiyo , tak guna kau padam sebab aku dah baca dari a smpai z komen engkorang tu yunk oii . aku sendiri pun tak berani nak buat macam tu even aku sendiri tak berapa nak serius dengan kau sebab aku fikir aku taknak guris perasaan kau la . tapi kau , dengan selambe mambe je buat macam tu kan . yelah , kau kan lebih sayang die dari aku .


kalau dah memang ko sayang lagi dekat dia , just let me know . tak perlu berselindung dengan aku . itu yang terpampang depan mata aku malam tadi . macam mana pulak dengan yang lain2 . IM ke , inbox ke , aku tak dapat tengok semua tu . kalau dari awal kau berterus terang dengan aku , aku pun takkan jadi pening , kusut fikir pasal kau la . kau dah buang masa aku . beriya aku pujuk diri aku , supaya belajar sayangkan kau , belajar terima kau . at last , sia sia belaka semua ni .

sekarang , keputusan aku muktamad . seeloknya kita buat haluan masing-masing . bukan sebab aku cemburu . bukan . tapi sebab aku taknak semua ni diteruskan kerana terpaksa . aku masih belajar nak terima diri kau dalam hidup aku , so tak ada masalah pun if kita putus sebab semua ni berlaku di peringkat awal . dan aku rasa , kau pun tak ada masalah kalau tak ada aku dalam hidup kau kan . yelah , ada aku dengan tak ada aku sama je . nasihat aku , pergilah balik dekat dia . aku tak halang . tak ada sebab nak halang , dia lebih berhak dapat takluk hati kau . aku still tak mampu nak bagi hati aku pada sesiapa buat masa ni termasuk kau .

sebelum ni aku tak sampai hati nak lepas kau . aku takut kau fikir aku mainkan perasaan kau . sekarang , semuanya dah jadi lain . aku rasa perasaan aku pulak yang dipermainkan . ada baiknya jugak semua ni terjadi . mungkin ada hikmah disebalik semua ni . terima kasih dengan layanan kau selama sebulan lebih ni . aku mintak maaf andai semua ni menyakitkan hati kau . hati aku jauh lebih sakit dari yang kau jangka . salam ...