" Maaf , aku tak bersedia .. "

" MAAF "

.. adalah satu-satunya ungkapan yang dapat aku ucapkan buat masa ni . aku semakin keliru dengan jalan cerita perjalanan hidup aku . luka yang lama , masih berdarah sehingga kini . tak dapat aku nafikan lagi perkara ni . luka yang aku fikir mampu sembuh dengan kehadiran kau , tapi ternyata aku silap . kehadiran kau mewujudkan lagi bayang-bayang kenangan lalu . aku tak faham dengan diri aku sendiri . aku seakan-akan membeza-bezakan antara kau dan dia . aku tahu , kau dengan cara kau , aku dengan cara aku , dia dengan cara dia . kesemuanya berbeza . 

aku tahu kau takkan dapat faham tentang diri aku sebagaimana dia memahami aku suatu ketika dulu . bila aku dah melangkah setapak , keseriusan aku serta komitmen aku adalah 100% . pernah kau faham semua tu . tidak kan ? aku cuba untuk mengikut rentak kau , rentak yang selama ni tak pernah aku ikut . akhirnya aku sedar aku tak mampu untuk berubah hanya sebab cara kau yang berbeza . aku tak mampu bertahan sepertimana yang kau inginkan . aku tak mampu untuk menjadi orang lain . aku adalah aku . aku mengaku kau memang dah lama kenal aku . tapi kau belum mampu memahami aku sepenuhnya . dunia kau adalah dunia maya . berbeza dengan aku . kita mampu jadi kawan sebelum ni , namun untuk menjadi lebih daripada tu aku rasa ianya sangat payah . terlalu payah untuk aku pertahankan . aku lebih menjadi kepada seorang yang cepat tersentuh dan cepat naik angin dengan sikap kau . aku tertekan dengan semua ni . 

disebabkan bulan ni adalah bulan yang sangat mulia , aku lupakan kemarahan aku untuk elak aku lepaskan kemarahan pada kau . sangat sakit bila menahan kemarahan . sangat sakit bila terpaksa menipu diri sendiri . sangat sakit bila kau anggap ianya satu gurauan . dan sangat2 sakit bila kau hanya mampu tergelak kecil melihat aku meluahkan segala ketidakpuasan hati ini . aku dah kata kau takkan pernah faham dan kau sememangnya taknak faham .



 ternyata aku masih belum bersedia ke arah tu . aku masih perlu membaik pulih luka yang masih  pedih . soal hati aku tak mampu nak memaksa . beri aku masa untuk semua ni . aku sangat-sangat perlukan masa untuk melupakan dia , masa untuk mencari kembali ketenangan dalam diri aku , masa untuk membaikpulih luka dalam hati , masa untuk belajar menerima insan lain , masa untuk memperbaiki cinta dan masa untuk mengubah kehidupan ke arah yang diredhai olehNya . maafkan aku I.F.A.H , aku belum bersedia menerima kau .. T_T

Ramadan tiba ..

.. assalamualaikum para sahabat blogger yang dikasihi . bertemu lagi kita di laman blog yag usang ni . hari ini ialah hari pertama kita sebagai umat islam menjalani ibadah puasa pada tahun ini . diharap Ramadan tahun ini akan lebih diberkati olehNya . bulan Ramadan adalah bulan yang mulia , bulan yang berkat .  jadi kawan2 , apa tunggu lagi , perbanyakkanlah zikrullah serta ibadah kita supaya puasa kita semua mendapat berkat oleh Yang Maha Esa . amin ya rabbal alamin ~

**azam ramadan kali ini , aku nak mencukupkan solat 5 waktu  , bersembahyang terawih di surau atau masjid dengan ibu tercinta , Puan Faridah Hanom Bte Shaari , lebih menjaga adab , gaya percakapan atau pertuturan dan banyak lagi** ^^,


" SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK"


^__^

beri aku masa ..

.. hari ni kesihatan bertambah teruk . mana tak nya , tiba-tiba dapat pulak sakit mata . ya allah , besar betul dugaan buat aku . tapi aku redha je . mungkin tuhan nak uji sejauh mana aku mampu bertahan melawan segala penyakit yang ada pada aku sekarang . faktor musim pun ye jugak ni . hujan panas hujan panas . betul tak ? suhu badan pun jadi tak menentu . sebab tu demam , selsema , batuk aku berpanjangan . 

*kalau nak ikutkan entry aku malam td , sekarang pun aku still lagi rasa tak okay . aku pun tak tahu sampai bila aku akan berperasaan macam ni . aku tak sanggup nak lalui sebenarnya , tapi memandangkan dah terlajak , aku tetap kena tempuh semua ni . aku tahu , aku tak boleh tipu diri sendiri . dan aku jugak tahu aku tak boleh tipu sesiapapun yang berkenaan . sebenarnya , aku masih belum nak serius ke arah tu . setelah banyak yang aku lalui tahun-tahun sudah . sekarang aku rasa aku patut perbaiki sebaiknya . aku patut betulkan mana yang salah , mana yang tak patut aku ulangi . dan sekarang jugak , aku sendiri rasa serba salah . selepas pertemuan tempoh hari , aku jadi takut . bukan takut sebab apa , tapi takut sebab tak jujur dengan diri sendiri yang sememangnya aku dah pun tipu diri sendiri . ahh ! korang mungkin tak kan faham . cuma ini yang dapat aku kongsikan . yang selebihnya , biarlah hanya aku dan yang maha kuasa saja yang tahu . aku perlukan masa . terlalu banyak yang perlu aku fikirkan . beri aku masa .....  ~

i'm not okay ..

.. hye peeps ! hari ni aku tak rasa aku okay dan aku sememangnya sedang tidak okay . ahh ! susah aku  nak gambarkan perasaan ketika ni . mood seratus peratus jatuh gedebuk yang membuatkan aku sendiri tak faham apa sebab musababnya . buat itu tak kena , buat ini tak kena . kadangkala , aku terasa macam tak ada perasaan langsung . pecaya tak ? macam gila je kan alasan aku . tapi ini lah yang aku tengah rasa sekarang . kadangkala jugak , tibatiba aku rasa macam nak menangis sepuasnya , arghh ! aku benci berperasaan macam ni . mungkin ke disebabkan kesihatan aku yang masih terganggu ? demam , batuk , selsema ? memang dah nak masuk 2 minggu kesihatan aku still macam ni . atau mungkin aku terlalu letih memandangkan exam baru je habis , otak asyik berfikir itu dan ini , dengan keadaan kesihatan yang sangat tidak selesa . ahh ! semuanya MUNGKIN . kenapa mesti mungkin ? nampak sangat aku sendiri pun x dapat nak menggambarkan diri aku ni macam mana sekarang . aku letih macam ni . aku yang selalunya terlalu addicted dengan facebook , malam ni tibatiba tak berminat langsung nak login . yang aku mampu buat , duduk terperap dalam bilik , dengar lagu , termenung , sampai la aku terfikir untuk mencoret sesuatu dekat blog ni . 


sememangnya bila aku rasa aku nak luahkan something , blog ni la tempatnya . kalaw tidak , pada siapa lagi aku nak luahkan . aku bukan jenis orang yang menunjukkan yang aku tak okay bila aku rasa aku tak okay . aku ni la orang yang terlalu memendam perasaan . ya , itulah aku . aku lebih banyak berdiam diri , duduk dalam bilik , menangis sorang-sorang , tanpa ada sorang pun yang tahu atau nampak keadaan aku . aku tak kuat . aku insan yang lemah yang hanya taw menangis bila rasa tak okay . 

**tatkala aku tengah menangis , benda yang lepas terimbau kembali . memang perkara tu aku takkan dapat lupa sampai bilabila pun . apakan daya , aku pun macam manusia lain . manusia yang ada kisah silam . manusia yang pernah kecewa dan dikecewakan . manusia yang buat salah . manusia yang benar-benar rasa bersalah . segala jenis manusia la . kalau nak di senaraikan memang x cukup satu malam ni . 


" real girls aren't perfect " ya . memang betul pun . seorang perempuan sebenar adalah perempuan yang sedar dirinya tidak sempurna . tapi , " perfect girls aren't real " ha , yang ini pun tak boleh jugak . tak perlu berlakon untuk jadi yang sempurna . lakonan hanya akan membawa kejatuhan pada akhirnya . bukan perempuan je , memang tak ada manusia yang sempurna pun dalam dunia ni baik lelaki mahu pun perempuan . setuju tak ? setiap orang ada kelemahan dan kelebihan tersendiri . begitu jugak aku . aku bukan seorang yang sempurna . aku sedar aku banyak kelemahan . namun , untuk aku berubah menjadi yang sempurna , memerlukan sokongan dari banyak pihak . tapi , aku tak mampu meraih sokongan . aku hanya berserah pada yang satu . hanya DIA yang memahami jiwa dan perasaan aku . hanya pada DIA aku mampu berdoa , meminta diberi petunjuk untuk terus lalui segala kepahitan yang aku rasa . hanya pada DIA aku mampu bergantung , mengadu segalanya walaupun aku tahu aku banyak tinggalkan segala suruhanNya  =(  


**meski ku rapuh , dalam langkah
kadang tak setia , kepada Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada Mu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai Mu
dalam dada ku harap jua
dirimu yang bertakhta**

(opick - rapuh)


aku cuba untuk mengubah kehidupan aku ke arah yang lebih diredhai oleh Nya . setiap manusia mampu berubah . ramadhan tahun ni akan aku gagahkan jugak langkah kaki ni untuk pergi sama-sama bertarawih . insya'allah , dengan izinNya . aku pasti BOLEH ! ~~



DUGAAN BUATKU

assalamulaikum.. hye dear all blogger, actually tade ape aku nak sharing hari ni, kesihatan masih terganggu, dah pun masuk 2 minggu badan ni panas dalam dan selsema, semalam dapat pulak sakit tekak dan batukbatuk.. tak larat dah macam ni, tapi apakan daya, ini semua dugaan buat aku pada minggu final exam nih.. mujur la short sem, so just dua paper je yang masuk final.. 1st paper hari tu 2 julai, aku jawab exam dalam keadaan demam.. boleh bayangkan tak macam mana perasaan aku masa tu.. aku dah cuba sehabis baik untuk jawab paper tu dan aku redha dengan result yang akan keluar nanti.. 2nd paper ni 11 julai, hope sangat aku boleh sembuh dalam masa 2 hari ni.. "ya allah ya tuhan ku, sembuhkan lah penyakit ku, agar aku boleh melalui peperiksaan dengan baik, amin~" 


p/s : *need you dear* :(


nak apa sebenarnya ?


.. korang nak taw x , pagi smalam jam 5 pagi aku dapat whatsapp dari si EX . tekejut plak dah aku dalam mamai-mamai baru bangun tido time tuh .. tengok nombor cam kenal . tengok lagi 2 , 3 kali nombor tu , mmg sah dia . aik , ape mimpi dia pepagi bute whatsapp aku tah . setelah lama x bertegur , tibatiba hari tegur pulak. aku pikir panjang jugak la nak reply ke x msg die tu . last2 aku reply jugak . aku ni musykil la jgk tah betol ke tidak dia yg msg atau awek dia yg msg . lame2 aku sedar, mmg btol itu dia . hmm , dlm banyak2 topik yang kami bualkan , die ade cakap camni , "mmg dah lama nak whatsapp , hari ni baru boleh " err, terpinga2 la aku kejap . ape maksud dia cakap cmtu ? dalam hati ni memberontak nak tahu sangat apa maksud dia , tapi aku abaikan perasaan ingin tahu aku tu , aku cuba buang jauh2 . dah tak ada kene mengena pun dengan aku . die sekarang dgn life die , aku dgn life aku . even dia cakap life dia sekarang ade OK dan K.O . aku biarkan je jawapan dia tuh , malas aku nak tanya lebih2 . aku bukan lagi orangnya yang nak ambil tahu pasal dia , so tak perlu la kan . masalah dia , biar dia settle sendiri , tak perlu nak mengadu pada aku . dia yang pilih jalan tu , so dia kena jugak lalui walau susah , walau payah , walau perit macam mana sekalipun . itu dah jadi pilihan dia .

*untuk awak , sy harap awak bahagia .. its okay if nak berkawan , tapi berhati2 dengan gf awak . jangan sampai dia cakap sy ganggu hidup awak , awak yang mulakan dulu tegur sy lepas apa yang jadi hari tu . so bukan salah sy ye . sy x mula kan apa2 pun , no fon awak pun sy dh delete walaupun sebenarnya sy hafal no fon awak tu . sy cuma xnak ingat apa2 lagi pasal benda2 lepas . awak sendiri yang tegur sy tanpa pengetahuan dia . jangan libatkan sy if awak bergaduh ke ape dengan gf okay . that's all.*