ISU SEMASA | Maut Akibat Bisikan Misteri





ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.


TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.
Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.
Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.
Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.
"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.


SUMBER : kosmo! online










************************************************************************************************
mesti korang ada dengar atau tengok dekat mana-mana akhbar atau siaran tv kan pasal berita ni. dekat facebook pun dah banyak orang post. saja aku nk share dengan korang. actually tempat aku keje tak jauh pun dari bangunan ni. jalan kaki tak sampai pun 5 minit. masa kejadian ni, aku baru je keluar pintu timur tu, nak balik rumah la sebab dah habes kerja. tuptup sampai sampai je rumah, dapat panggilan dari kakak aku & dia bagitaw pasal kejadian ni. dan kebetulan office kakak aku bersebelahan je dengan bangunan E-Learning ni. tinggi tu tingkat 5 ! aku tengok dari bawah pun seram. aku pernah masuk bangunan ni dan tak tahu sampai tingkat berapa yang aku pernah naik, aku pun tak berapa nak ingat. tapi memang bangunan ni lebih tinggi berbanding bangunan-bangunan yang lain. bangunan ni actually bangunan baru taw. biasa la kalau dah nama pun bangunan baru, mesti ada je kita dengar pasal "benda-benda" tu. maksud aku yang macam bisikan misteri tu la. mungkin arwah fatimah ni keteguran atau boleh jadi jugak dia terlampau stress dengan pelbagai masalah, dan memang mudah dia diganggu dengan gangguan -gangguan yang macam tu. ini just pendapat aku je la, kesahihannya kita tak tahu. ALLAHUALAM~ 
Arwah ni student dari jurusan Pendididikan Awal Kanak-kanak, sama jugak dengan jurusan yang aku ambik masa diploma dulu. umur pun sebaya dengan aku. kesian sangat-sangat dengan arwah especially family arwah.  tapi ini semua ketentuan tuhan kan, dah tertulis ajal dia, tuhan tetap ambik dia walau apa cara sekalipun dia pergi. so kawan-kawan, sama-sama la kita sedekah al-fatihah buat arwah supaya rohnya tenang disana. amin~

kahwin ??

hari ni aku keluar ikut abang aku dengan tunang dia pegi cari baju kawen diorang .. yang peliknya, aku lak yang excited lebih .. tengok baju semua cantik cantik .. aww ! geramnyeee .. terdiam jugak la abang aku dengan kak yana nak buat pilhan .. kejap nak colour ni , kejap nak colour yang tu pulak .. he, macam macam karenah .. tapi memang betul la orang cakap, nak kawen bukan SENANG .. banyak benda nak fikir .. memang aku x nafikan .. if betul betul dah bersedia , baru lah boleh bagi komitmen untuk melangkah ke alam perkahwinan .. macam aku ni memang tak ada langsung ke arah tu . hee.. jangan kate duit je xde, calon pon entah sape sape, tak jumpa lagi .. dalam hati rasa rasa macam dah tertarik dengan seseorang , tapiiii .. biar lah.. malas nak layan perasaan ni sangat sebenarnya .. nanti diri sendiri yang merana dek kecewa .. huhu .. lagipun kalaw bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi .. tak ke malu aku nanti .. betol x ? =) tapi kalau berbunyi , alangkah bahagia rasa dihati .. kihkih =p haish~ melalut dah aku ni.. 

akhirnya petang tadi dapat gak abang aku decide n pilih baju yang sesuai masa majlis dia nanti .. tema colour krim+hijau .. cantek ouh ! aku suka hijau, so apa apa hijau aku mesti sokong .. hee .. actually aku dah berangan lama dah nak pakai serba hijau masa aku kawen satu ari nanti .. tapi, takpe la.. abang punya pasal kan, aku pilih colour lain nanti.. sape tahu nanti time aku nak kawen lagi banyak pilihan baju yang cantik cantik kan .. sabar echa , sabar ! ~ hikhik.. 
***************************************


aku suka sangat dengan ayat kat atas ni sebenarnya .. tapi bagi diri aku sendiri la kan, " i love you " dan " i miss you " sebenarnya tetap ditunggu-tunggu oleh kita orang-orang perempuan, tipu la kalau cakap x tunggu kan .. sebabnya kita yang perempuan ni mahukan perhatian dari sang jejaka .. cuma apa yang diharapkan ialah pengucapan kata-kata  " i love you " dan  " i miss you " tu biarlah terbukti dengan " aku terima nikahnya " .. baru lah dikatakan seseorang tu ikhlas dalam perhubungan yang terjalin .. jangan tahu nak berjanji je, buktikan yang anda sememangnya ikhlas dan jujur .. berjanji bukan sekadar di mulut je, tapi mesti dibuktikan dengan perbuatan .. fikir-fikir kan lah ye .. =) selamat beramal ~


rindu yang bertandang...

Assalamualaikum kawankawan...

setelah lama aku x menaip di sini, malam ni tibatiba tergerak hati ni nak berceloteh di ruangan ni.. ya, aku memang tak berapa nak ada masa untuk selalu update blog atau entryentry terbaru.. tapi malam ni aku gagahkan jugak.. aku sendiri pun tak tahu kenapa dan mengapa mimpi itu datang.. mimpi?? ya aku memang bermimpi dan aku nak share mimpi tu dengan korang malam ni.. mimpi tu membuatkan aku terasa nak meluahkan segalanya kat sini walaupun aku sendiri rasa pelik dengan mimpi tu..

korang pernah dengar tak orang menangis dalam tidur?? mesti ada yang pernah dan ada yang tak kan.. tapi benda ni betulbetul terjadi kat aku sendiri.. mulanya aku bermimpi pasal dia.. ya, dia yang pernah bertakhta di hati aku selama setahun 3 bulan.. sebenarnya aku rindu.. terlalu rindu kan dia.. dia yang sebelum ni menjadi tempat aku mengadu itu ini sekarang bukan lagi milik aku.. dan kerinduan tu terbawa-bawa sampai ke dalam tidur dan terjadinya mimpi.. mimpi tu seakan-akan mengingatkan aku tentang segala kenangan kami bersama dulu.. dan pada penghujungnya, aku meluahkan perasaan kepada seorang teman rapat aku, sambil menangis.. dan pada masa aku terjaga dari tidur tu, aku rasa mata aku berair dan mengalir di pipi.. aku lihat jam, " 4.50 pagi ".. ya ALLAH, aku betulbetul menangis, bukan sahaja dalam mimpi, tetapi realiti.. apakah maksudnya semua ni?? ya, aku tahu mimpi tu hanya mainan tidur.. aku cuba berfikir secara positif dan mengharapkan yang terbaik untuk dia.. semoga dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang dan pada masa akan datang.. amin~

sekarang, aku dah pun redha dengan takdir yang telah ditetapkan untuk aku, untuk dia, dan untuk kami.. aku tak mengharapkan dia kembali pada aku, cuma kadangkadang aku terkenang.. memang sukar untuk aku melupakan, tapi aku anggap sebagai cabaran yang perlu aku tempuh.. aku bersyukur masih ada kawankawan yang memahami, menasihati dan selalu bagi sokongan.. aku sangat berterima kasih pada insan-insan yang tak jemu menceriakan aku especially NURUL AIN , HARMAN , ASROY & FAIRUS ..  dari situ aku belajar melupakan apa yang telah berlalu.. aku syg korang sangat ! aku percaya, aku akan dipertemukan dengan orang yang lebih baik, yang boleh membimbing aku, menghargai aku.. insyaAllah, dengan izin-Nya..

Salam...


motif ??

okey. dulu anda penah add sy dan sy approve. tapi tak sampai 10 minit, sy unfriend anda balik sebab si dia marah. si dia marah sgt dgn anda. ape eh motif anda add sy dulu ? sy tertanya-tanya tanpa dapat jawapan. sekarang, bila sy dah jatuh, si dia bukan milik sy lagi, tuptup anda add sy balik? eh, mane anda tau eh sy dah xde ape ape dgn si dia? dan sy sangat tertanya-tanya apa tujuan anda nk add sy sangat? apa yang anda nk tahu sangat? apa? apa? sy faham anda dah pun bahagia dengan pasangan anda. so, tak perlu la anda nak ambik tau apa-apa lagi pasal sy atau dia. if betol-betol nak sangat, kenapa tak add je fb dia? kenapa add fb sy? ape motif anda sebenarnya?

#serabut!!!#