terperangkap..


wahai nor aisyah binti musa,
now kau dah pun terperangkap dengan kata-kata kau sendiri..
hari tu kau kata kau boleh, now pulak kau kata tak boleh..
kau sememangnya cari pasal kan aisyah?
kalau dari hari tu kau terus terang, benda ni takkan jadi mcm ni.
kalau dari hari tu kau tak buat keputusan tanpa berfikir dulu, 
kau takkan serabut mcm sekarang ni..
now bila kau dah terlajak, kau dah tak tahu mcm mana nak berundur.
what's wrong with you aisyah!!!
perasaan orang kena jaga.
termasuk perasaan kau sendiri.
dan itulah penyebabnya sekarang ni.
kau terlalu nak jaga perasaan orang, hingga kan perasaan kau sendiri kau korbankan.
so macam mana??


**padan dengan muka sendiri** T___T

ketika hati berbisik ..


tatkala emosi terganggu
teringat peristiwa lalu
ohh, sayu sungguh rasa hati 
siapa yang mengerti?
tiada siapa. ya tiada siapa melainkan aku.

dan kini, malam ini, waktu dan ketika ini.
aku seakan terpanggil untuk mencoret segala rasa di sini.
adakah ini sebuah mimpi?
adakah aku sedang bermimpi?
segalanya aku rasakan tidak pasti.
ya, sememangnya aku tidak pasti.

duhai kamu, mengertilah ...
aku pernah salah. kau pun pernah salah. aku sedang berusaha berubah. kau masih buat salah. aku dah nasihat, aku dah tegur, kau masih tak serik. terpulang. aku sebagai manusia dah buat apa patut aku buat iaitu menegur perbuatan kau. 
tapi ada kau ambil kisah.
sebaliknya kau masih tak sedar. kau masih buat, buat dan buat salah. 
ya, aku tahu manusia tidak pernah tak buat salah.
tetapi tidak bermakna kita harus terus buat salah.
bila dah diberi kesedaran. FIKIR! bila dah dinasihati, INGAT! 
dan bila MASALAH dah timbul, per BETUL kan! 
bukannya terus menambah MASALAH
aku akui kau berubah.
kau sangat-sangat berubah.
kau bukan kau yang aku kenal dulu.
kau sekarang lain.
mungkin kau lebih bahagia dengan dunia kau sekarang.
tetapi INGAT!

kebahagiaan yang kau kecapi atas dasar dan dari landasan yang salah,
sampai bila-bila pun takkan kekal kebahagiaan kau tu.

kebahagiaan di dunia hanyalah sementara.
aku rasa kau pun tahu.
kau juga manusia kan?
"fikirlah sedalam-dalamnya fikiran kau. ingatlah dari mana asal-usul kau. siapa yang mendorong kau untuk terus berjuang dalam karier kau tu. hebatnya kerjaya kau sekarang aku tak nafikan. tetapi sejauh mana hebatnya kerjaya kau, kalau tidak berlandaskan agama, maruah, kejujuran, amanah, serta doa seorang wanita yang kau panggil mama yang jauh disana, tidak akan kekal kehebatan tu. kau dah nyaris jatuh dan akhirnya kau terlepas. kau terselamat kali ni. tetapi jangan biar diri kau terus jatuh buat kali kedua dan pada masa itu, kau dah merobek hati  seorang ibu. jangan ingat kau jauh dimata mama, kau terselamat. ALLAH itu maha berkuasa. setiap perbuatan kau diperhatikan."
renung2kan.... 

hai hai hello hey ! 
actually aku baru teringat pasal satu perkara.
nak taw tak apa dia? nak taw tak????
please la angguk kepala (ngee)
haaaaa~ 
yang sebenarnya aku just nak bagitaw korang yang aku baru je 
dapat anak buah yang ke-6.
welcome to our big family little princess !!! 


NUR KAMILIA BINTI MOHAMAD AZRIN <3

haku sebagai "achik" kepada ke enam2 anak saudara yang lain termasuk kamilia mengishtiharkan
untuk memanggil si kecik ni dengan panggilan 'MIA'
sile sebut sama2 kawan2!!!! 
M.I.A !
yeay ! clap clap clap ! ^^,

now BABY MIA dah berusia 8 hari. MIA lahir pada 19 September 2012 tepat jam 8.47 pagi 
di Hosp Slim River, Perak.

haku kalaw dok kat hostel memang rasa tak sabar nak balik nak gomol-gomol BABY MIA ni.
hehe. haku kan memang suka budak-budak. lagi-lagi baby tecik macam MIA ni haa. 
al maklum la, nak ada ANAK SENDIRI memang lambat lagi lar kan. 
belajo tak habes lagi, calon tak jumpa lagi, kewangan tak kukuh lagi.
pesanan dari family, just fokus pada study dulu, genggam segulung IJAZAH dulu,
 baru boleh fikir nak tunang, kahwin, ada anak.
awww <3 tak sabar ke arah itewwww .
hiks gatal ^^,

okay, cukup untuk malam ni.
haku dah kepanasan dengan ketiadaan kipas syiling dan kipas stand akibat kerosakan.
haisss, bile larr ayah nak suruh orang dtg repair. =.=
goodnite kengkawan
assalamualaikum

*rindu someone <3*

tadaaaaaa !


hai hai rakan blogger sekalian , 
lama sudah haku tak menghupdate blog ni .
adoiyaii , busy sehh . sejak-sejak aku continue study ni memnag payah nak ada masa dengan blog.
lepas tu pulak idea pun kering kontang. malas pon ade sebenarnya.
HEHEHEHE...

time raya pun aku tak hupdate satu entry pon kan . nampak tak kat situ ke'busy'an aku? 
nampak tak? please la cakap korang nampak =.= (hahaha)
entah la wehh, haku ni kekadang ikut mood jugak. 
if okay mood aku, terhupdate la blog ni.
if tak berapa nak okay, memang tak kan ada satu entry pon yang akan terhupdate.
blog ni pun dah bersawang-sawang. kesian incik blog.
meh nak lap-lap sawang tu. hmm~

haku ni pun sebenarnya tak ada apa yang nak di story kan malam ni.
tengok pada title entry ni pon tak ada motif kan?
tengok atas tu? nampak tak nampak tak??
sesaje je ni haku menaip supaya terhupdate jugak blog ni sekurang2nya 
walaupun entry malam ni agak tah ape ape.
ahh aku kisah ape? blog aku kan?
lalalalalala^^

bye~ 

membawa diri


duhai HATI ,
yang kian sakit ,
kerana masalah yang mendatang ,

duhai empunya HATI ,
yang kini semakin tertekan .
dengan pelbagai situasi yang mencabar EMOSI diri


BERSABARLAH KAMU , JANGAN LAH KAMU REMUK DAHULU .




apabila KEKELIRUAN menghantui diri ,
apabila si "PENDESAK" memaksa ,
apabila sudah tidak mampu MEMENDAM rasa ,
apabila rasa itu tidak juga terluah ,

ambillah sebanyak mana masa yang diperlukan untuk kembali PULIH seperti sedia kala.
biarkan seketika tuan mu membawa diri pergi MERAWAT HATI yang satu itu.
benarkan walau sekejap cuma mahu mengumpul KEKUATAN diri.

kerana AKU ,
si pemilik tegar HATI itu,
amat yakin bahawa ini adalah ujian dari ALLAH SWT.
setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian.




Can't wait !!! :)




hai semua . alhamdulillah dah masuk hari ke 15 kita sebagai umat islam berpuasa di bulan Ramadan , bulan yang penuh dengan kemuliaan , penuh dengan keberkatan . bermakna hanya tinggal 15 hari je lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal . macam mana agaknya sambutan syawal tahun ni ye . harap-harap lebih meriah dari sebelum-sebelum ni . mudah2an :)


tapi , yang aku nak story hari ni bukan la pasal nak sambut raya . hehehe . nak tahu tak sebab apa . sebabnya hari ni , 4 ogos 2012 ialah hari dimana aku bersama rakan-rakan di Giatmara satu masa dulu akan menghadiri reunion + majlis berbuka puasa di Shah Alam . yeay !




tak sabar rasanya nak berjumpa semula dengan mereka2 yang pernah mewarna-warnikan hidup aku masa tu . especially 4 orang kawan baik aku , zafira , azalia , syikin dan fatin . mereka2 ni la yang paling rapat dengan aku masa tu memandangkan kami semua adalah dari kos yang sama iaitu kos Jahitan Pakaian Wanita . eh , betul ke tidak nama kos aku ni . bantai la . heeee . yang penting ada kena mengena dengan jahitan kan .

so hari ni insya'allah pukul 2 petang aku akan bertolak dari rumah . tak sabar kot . semoga Allah permudahkan perjalanan kami hari ini . amin~

Al-fatihah ..



di sini aku nak bagitahu pd semua rakan-rakan blog bahawa semalam, kakak ipar ayah aku , atau lebih dikenali sebagai makngah, telah pulang ke rahmatullah sebelum masuk waktu asar . akhirnya Allah menjemput makngah pulang ke sisiNya . mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku ni dan ternyata Allah lebih sayangkan makngah . salam takziah aku ucap kepada seluruh family makngah , terutama anak sedara yang sebaya dengan aku , haris zuky . makngah merupakan opah kepada haris memandangkan arwah pakngah (suami makngah) ialah abg kepada ayah aku .





so , aku mintak jasa baik rakan-rakan blogger semua , marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah makngah supaya arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . amin ~

kau kau aku aku .. okay ?




akhirnya terjawab segala persoalan dalam kepala otak aku . pasal ape ye ? ohh pasal die la . die tu sape ? pandai2 kome la nk fikir sape ye . nak taw lebih lanjut , bace entry aku sebelum2 nih okeng ? ^_^


haish , nak kata aku cemburu tak jugak . tapi kan , bila dah bergelar boifren tu , rasenye tak patut lah kan buat macam tu . tanpa ada rasa bersalah atau segan silu dengan aku . now , bila aku dah membacainye pun , dan bila aku dah buat status fb yang buat kau terase (maybe) , baru tawu nak delete post tu . haiyo , tak guna kau padam sebab aku dah baca dari a smpai z komen engkorang tu yunk oii . aku sendiri pun tak berani nak buat macam tu even aku sendiri tak berapa nak serius dengan kau sebab aku fikir aku taknak guris perasaan kau la . tapi kau , dengan selambe mambe je buat macam tu kan . yelah , kau kan lebih sayang die dari aku .


kalau dah memang ko sayang lagi dekat dia , just let me know . tak perlu berselindung dengan aku . itu yang terpampang depan mata aku malam tadi . macam mana pulak dengan yang lain2 . IM ke , inbox ke , aku tak dapat tengok semua tu . kalau dari awal kau berterus terang dengan aku , aku pun takkan jadi pening , kusut fikir pasal kau la . kau dah buang masa aku . beriya aku pujuk diri aku , supaya belajar sayangkan kau , belajar terima kau . at last , sia sia belaka semua ni .

sekarang , keputusan aku muktamad . seeloknya kita buat haluan masing-masing . bukan sebab aku cemburu . bukan . tapi sebab aku taknak semua ni diteruskan kerana terpaksa . aku masih belajar nak terima diri kau dalam hidup aku , so tak ada masalah pun if kita putus sebab semua ni berlaku di peringkat awal . dan aku rasa , kau pun tak ada masalah kalau tak ada aku dalam hidup kau kan . yelah , ada aku dengan tak ada aku sama je . nasihat aku , pergilah balik dekat dia . aku tak halang . tak ada sebab nak halang , dia lebih berhak dapat takluk hati kau . aku still tak mampu nak bagi hati aku pada sesiapa buat masa ni termasuk kau .

sebelum ni aku tak sampai hati nak lepas kau . aku takut kau fikir aku mainkan perasaan kau . sekarang , semuanya dah jadi lain . aku rasa perasaan aku pulak yang dipermainkan . ada baiknya jugak semua ni terjadi . mungkin ada hikmah disebalik semua ni . terima kasih dengan layanan kau selama sebulan lebih ni . aku mintak maaf andai semua ni menyakitkan hati kau . hati aku jauh lebih sakit dari yang kau jangka . salam ...



" Maaf , aku tak bersedia .. "

" MAAF "

.. adalah satu-satunya ungkapan yang dapat aku ucapkan buat masa ni . aku semakin keliru dengan jalan cerita perjalanan hidup aku . luka yang lama , masih berdarah sehingga kini . tak dapat aku nafikan lagi perkara ni . luka yang aku fikir mampu sembuh dengan kehadiran kau , tapi ternyata aku silap . kehadiran kau mewujudkan lagi bayang-bayang kenangan lalu . aku tak faham dengan diri aku sendiri . aku seakan-akan membeza-bezakan antara kau dan dia . aku tahu , kau dengan cara kau , aku dengan cara aku , dia dengan cara dia . kesemuanya berbeza . 

aku tahu kau takkan dapat faham tentang diri aku sebagaimana dia memahami aku suatu ketika dulu . bila aku dah melangkah setapak , keseriusan aku serta komitmen aku adalah 100% . pernah kau faham semua tu . tidak kan ? aku cuba untuk mengikut rentak kau , rentak yang selama ni tak pernah aku ikut . akhirnya aku sedar aku tak mampu untuk berubah hanya sebab cara kau yang berbeza . aku tak mampu bertahan sepertimana yang kau inginkan . aku tak mampu untuk menjadi orang lain . aku adalah aku . aku mengaku kau memang dah lama kenal aku . tapi kau belum mampu memahami aku sepenuhnya . dunia kau adalah dunia maya . berbeza dengan aku . kita mampu jadi kawan sebelum ni , namun untuk menjadi lebih daripada tu aku rasa ianya sangat payah . terlalu payah untuk aku pertahankan . aku lebih menjadi kepada seorang yang cepat tersentuh dan cepat naik angin dengan sikap kau . aku tertekan dengan semua ni . 

disebabkan bulan ni adalah bulan yang sangat mulia , aku lupakan kemarahan aku untuk elak aku lepaskan kemarahan pada kau . sangat sakit bila menahan kemarahan . sangat sakit bila terpaksa menipu diri sendiri . sangat sakit bila kau anggap ianya satu gurauan . dan sangat2 sakit bila kau hanya mampu tergelak kecil melihat aku meluahkan segala ketidakpuasan hati ini . aku dah kata kau takkan pernah faham dan kau sememangnya taknak faham .



 ternyata aku masih belum bersedia ke arah tu . aku masih perlu membaik pulih luka yang masih  pedih . soal hati aku tak mampu nak memaksa . beri aku masa untuk semua ni . aku sangat-sangat perlukan masa untuk melupakan dia , masa untuk mencari kembali ketenangan dalam diri aku , masa untuk membaikpulih luka dalam hati , masa untuk belajar menerima insan lain , masa untuk memperbaiki cinta dan masa untuk mengubah kehidupan ke arah yang diredhai olehNya . maafkan aku I.F.A.H , aku belum bersedia menerima kau .. T_T

Ramadan tiba ..

.. assalamualaikum para sahabat blogger yang dikasihi . bertemu lagi kita di laman blog yag usang ni . hari ini ialah hari pertama kita sebagai umat islam menjalani ibadah puasa pada tahun ini . diharap Ramadan tahun ini akan lebih diberkati olehNya . bulan Ramadan adalah bulan yang mulia , bulan yang berkat .  jadi kawan2 , apa tunggu lagi , perbanyakkanlah zikrullah serta ibadah kita supaya puasa kita semua mendapat berkat oleh Yang Maha Esa . amin ya rabbal alamin ~

**azam ramadan kali ini , aku nak mencukupkan solat 5 waktu  , bersembahyang terawih di surau atau masjid dengan ibu tercinta , Puan Faridah Hanom Bte Shaari , lebih menjaga adab , gaya percakapan atau pertuturan dan banyak lagi** ^^,


" SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK"


^__^

beri aku masa ..

.. hari ni kesihatan bertambah teruk . mana tak nya , tiba-tiba dapat pulak sakit mata . ya allah , besar betul dugaan buat aku . tapi aku redha je . mungkin tuhan nak uji sejauh mana aku mampu bertahan melawan segala penyakit yang ada pada aku sekarang . faktor musim pun ye jugak ni . hujan panas hujan panas . betul tak ? suhu badan pun jadi tak menentu . sebab tu demam , selsema , batuk aku berpanjangan . 

*kalau nak ikutkan entry aku malam td , sekarang pun aku still lagi rasa tak okay . aku pun tak tahu sampai bila aku akan berperasaan macam ni . aku tak sanggup nak lalui sebenarnya , tapi memandangkan dah terlajak , aku tetap kena tempuh semua ni . aku tahu , aku tak boleh tipu diri sendiri . dan aku jugak tahu aku tak boleh tipu sesiapapun yang berkenaan . sebenarnya , aku masih belum nak serius ke arah tu . setelah banyak yang aku lalui tahun-tahun sudah . sekarang aku rasa aku patut perbaiki sebaiknya . aku patut betulkan mana yang salah , mana yang tak patut aku ulangi . dan sekarang jugak , aku sendiri rasa serba salah . selepas pertemuan tempoh hari , aku jadi takut . bukan takut sebab apa , tapi takut sebab tak jujur dengan diri sendiri yang sememangnya aku dah pun tipu diri sendiri . ahh ! korang mungkin tak kan faham . cuma ini yang dapat aku kongsikan . yang selebihnya , biarlah hanya aku dan yang maha kuasa saja yang tahu . aku perlukan masa . terlalu banyak yang perlu aku fikirkan . beri aku masa .....  ~

i'm not okay ..

.. hye peeps ! hari ni aku tak rasa aku okay dan aku sememangnya sedang tidak okay . ahh ! susah aku  nak gambarkan perasaan ketika ni . mood seratus peratus jatuh gedebuk yang membuatkan aku sendiri tak faham apa sebab musababnya . buat itu tak kena , buat ini tak kena . kadangkala , aku terasa macam tak ada perasaan langsung . pecaya tak ? macam gila je kan alasan aku . tapi ini lah yang aku tengah rasa sekarang . kadangkala jugak , tibatiba aku rasa macam nak menangis sepuasnya , arghh ! aku benci berperasaan macam ni . mungkin ke disebabkan kesihatan aku yang masih terganggu ? demam , batuk , selsema ? memang dah nak masuk 2 minggu kesihatan aku still macam ni . atau mungkin aku terlalu letih memandangkan exam baru je habis , otak asyik berfikir itu dan ini , dengan keadaan kesihatan yang sangat tidak selesa . ahh ! semuanya MUNGKIN . kenapa mesti mungkin ? nampak sangat aku sendiri pun x dapat nak menggambarkan diri aku ni macam mana sekarang . aku letih macam ni . aku yang selalunya terlalu addicted dengan facebook , malam ni tibatiba tak berminat langsung nak login . yang aku mampu buat , duduk terperap dalam bilik , dengar lagu , termenung , sampai la aku terfikir untuk mencoret sesuatu dekat blog ni . 


sememangnya bila aku rasa aku nak luahkan something , blog ni la tempatnya . kalaw tidak , pada siapa lagi aku nak luahkan . aku bukan jenis orang yang menunjukkan yang aku tak okay bila aku rasa aku tak okay . aku ni la orang yang terlalu memendam perasaan . ya , itulah aku . aku lebih banyak berdiam diri , duduk dalam bilik , menangis sorang-sorang , tanpa ada sorang pun yang tahu atau nampak keadaan aku . aku tak kuat . aku insan yang lemah yang hanya taw menangis bila rasa tak okay . 

**tatkala aku tengah menangis , benda yang lepas terimbau kembali . memang perkara tu aku takkan dapat lupa sampai bilabila pun . apakan daya , aku pun macam manusia lain . manusia yang ada kisah silam . manusia yang pernah kecewa dan dikecewakan . manusia yang buat salah . manusia yang benar-benar rasa bersalah . segala jenis manusia la . kalau nak di senaraikan memang x cukup satu malam ni . 


" real girls aren't perfect " ya . memang betul pun . seorang perempuan sebenar adalah perempuan yang sedar dirinya tidak sempurna . tapi , " perfect girls aren't real " ha , yang ini pun tak boleh jugak . tak perlu berlakon untuk jadi yang sempurna . lakonan hanya akan membawa kejatuhan pada akhirnya . bukan perempuan je , memang tak ada manusia yang sempurna pun dalam dunia ni baik lelaki mahu pun perempuan . setuju tak ? setiap orang ada kelemahan dan kelebihan tersendiri . begitu jugak aku . aku bukan seorang yang sempurna . aku sedar aku banyak kelemahan . namun , untuk aku berubah menjadi yang sempurna , memerlukan sokongan dari banyak pihak . tapi , aku tak mampu meraih sokongan . aku hanya berserah pada yang satu . hanya DIA yang memahami jiwa dan perasaan aku . hanya pada DIA aku mampu berdoa , meminta diberi petunjuk untuk terus lalui segala kepahitan yang aku rasa . hanya pada DIA aku mampu bergantung , mengadu segalanya walaupun aku tahu aku banyak tinggalkan segala suruhanNya  =(  


**meski ku rapuh , dalam langkah
kadang tak setia , kepada Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada Mu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai Mu
dalam dada ku harap jua
dirimu yang bertakhta**

(opick - rapuh)


aku cuba untuk mengubah kehidupan aku ke arah yang lebih diredhai oleh Nya . setiap manusia mampu berubah . ramadhan tahun ni akan aku gagahkan jugak langkah kaki ni untuk pergi sama-sama bertarawih . insya'allah , dengan izinNya . aku pasti BOLEH ! ~~



DUGAAN BUATKU

assalamulaikum.. hye dear all blogger, actually tade ape aku nak sharing hari ni, kesihatan masih terganggu, dah pun masuk 2 minggu badan ni panas dalam dan selsema, semalam dapat pulak sakit tekak dan batukbatuk.. tak larat dah macam ni, tapi apakan daya, ini semua dugaan buat aku pada minggu final exam nih.. mujur la short sem, so just dua paper je yang masuk final.. 1st paper hari tu 2 julai, aku jawab exam dalam keadaan demam.. boleh bayangkan tak macam mana perasaan aku masa tu.. aku dah cuba sehabis baik untuk jawab paper tu dan aku redha dengan result yang akan keluar nanti.. 2nd paper ni 11 julai, hope sangat aku boleh sembuh dalam masa 2 hari ni.. "ya allah ya tuhan ku, sembuhkan lah penyakit ku, agar aku boleh melalui peperiksaan dengan baik, amin~" 


p/s : *need you dear* :(


nak apa sebenarnya ?


.. korang nak taw x , pagi smalam jam 5 pagi aku dapat whatsapp dari si EX . tekejut plak dah aku dalam mamai-mamai baru bangun tido time tuh .. tengok nombor cam kenal . tengok lagi 2 , 3 kali nombor tu , mmg sah dia . aik , ape mimpi dia pepagi bute whatsapp aku tah . setelah lama x bertegur , tibatiba hari tegur pulak. aku pikir panjang jugak la nak reply ke x msg die tu . last2 aku reply jugak . aku ni musykil la jgk tah betol ke tidak dia yg msg atau awek dia yg msg . lame2 aku sedar, mmg btol itu dia . hmm , dlm banyak2 topik yang kami bualkan , die ade cakap camni , "mmg dah lama nak whatsapp , hari ni baru boleh " err, terpinga2 la aku kejap . ape maksud dia cakap cmtu ? dalam hati ni memberontak nak tahu sangat apa maksud dia , tapi aku abaikan perasaan ingin tahu aku tu , aku cuba buang jauh2 . dah tak ada kene mengena pun dengan aku . die sekarang dgn life die , aku dgn life aku . even dia cakap life dia sekarang ade OK dan K.O . aku biarkan je jawapan dia tuh , malas aku nak tanya lebih2 . aku bukan lagi orangnya yang nak ambil tahu pasal dia , so tak perlu la kan . masalah dia , biar dia settle sendiri , tak perlu nak mengadu pada aku . dia yang pilih jalan tu , so dia kena jugak lalui walau susah , walau payah , walau perit macam mana sekalipun . itu dah jadi pilihan dia .

*untuk awak , sy harap awak bahagia .. its okay if nak berkawan , tapi berhati2 dengan gf awak . jangan sampai dia cakap sy ganggu hidup awak , awak yang mulakan dulu tegur sy lepas apa yang jadi hari tu . so bukan salah sy ye . sy x mula kan apa2 pun , no fon awak pun sy dh delete walaupun sebenarnya sy hafal no fon awak tu . sy cuma xnak ingat apa2 lagi pasal benda2 lepas . awak sendiri yang tegur sy tanpa pengetahuan dia . jangan libatkan sy if awak bergaduh ke ape dengan gf okay . that's all.*



bukan kaki gaduh !


oke fine, ramai yg tanya kenapa hari tu status aku kat facebook macam meroyan semacam, now aku nak bgtaw korang la cite sebenar. seumur hidup aku, x penah lagi aku dimaki hamun. tapi baru sekarang, setelah 22 tahun aku hidup kat dunia ni, ade insan yang berani meluahkan kata-kata yng berbau hinaan yang agak melampau. u know what, insan yang aku maksudkan tu actually 2 tahun lebih tua dari aku. pheww! bukan ke umur-umur macam tu sepatotnya bagi nasihat, jadi contoh pada orang yang lebih muda, jaga adab sopan, jaga tingkahlaku, jaga percakapan. tapi, apa yang dia buat adalah sebaliknya. mujur saje aku ni memang bukan kaki gaduh dan x pandai nak bergaduh. salah orang la kalau dia nk perang mulut atau perang sms dengan aku, mmg aku xkan layan. kawan2 yang tahu pasal ni semua marah kat aku, kenapa aku x balas balik, x sembur balik. aku bukan x sakit hati, bukan x terluka, tapi..orang macam tu x perlu la aku nak layan. buat tambah dosa n sakit hati aku.  dah aku katakan, aku x pandai nak gaduh. aku hanya mampu diam dan diam. sekurang2nya dgn mendiamkan diri, tingkahlaku aku terkawal, percakapan aku terjaga. bukan macam dia yang hampir setiap hari mencarut b*b*, puk***** dan yang seangkatan dengan itu. aku cuma xnak buat keadaan jadi lagi teruk. aku dah malas nak fikir, aku dah block "DIA" dan aku xnak ambik taw ape2 pun lagi pasal life korang biarpun sekecil kuman sekali pun, aku x berminat.  "what u give , u get back" so, kaw buat aku macam ni, orang akan buat benda yang sama pada kaw. 


utk D.A , x perlu lagi nak menyamar jadi org lain dan x perlu lagi nak stalk2 profile aku. mind your own business. kaw jage je bf kaw baik2, semoga bahagia selalu dan cepat kawen. amin~



kembali ? ya kembali ..



hello peeps ! knowing that i'm coming back to this silent blog . ceh tetiba pulak keluar speking london kan. ahha. gitu la citenye. entah bape kali come back la aku ni kan, poyo je lebih. =p ni tak lain dan tak bukan confirm confirm la ada story yang aku nak share dan perasaan jiwa raga ni mendesak suruh aku berceloteh untuk kesekian kalinya . but no today, also not tonite. harus tunggu oke? :) 

goodnite silence reader. goodnite dearest blog.

ISU SEMASA | Maut Akibat Bisikan Misteri





ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.


TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.
Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.
Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.
Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.
"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.


SUMBER : kosmo! online










************************************************************************************************
mesti korang ada dengar atau tengok dekat mana-mana akhbar atau siaran tv kan pasal berita ni. dekat facebook pun dah banyak orang post. saja aku nk share dengan korang. actually tempat aku keje tak jauh pun dari bangunan ni. jalan kaki tak sampai pun 5 minit. masa kejadian ni, aku baru je keluar pintu timur tu, nak balik rumah la sebab dah habes kerja. tuptup sampai sampai je rumah, dapat panggilan dari kakak aku & dia bagitaw pasal kejadian ni. dan kebetulan office kakak aku bersebelahan je dengan bangunan E-Learning ni. tinggi tu tingkat 5 ! aku tengok dari bawah pun seram. aku pernah masuk bangunan ni dan tak tahu sampai tingkat berapa yang aku pernah naik, aku pun tak berapa nak ingat. tapi memang bangunan ni lebih tinggi berbanding bangunan-bangunan yang lain. bangunan ni actually bangunan baru taw. biasa la kalau dah nama pun bangunan baru, mesti ada je kita dengar pasal "benda-benda" tu. maksud aku yang macam bisikan misteri tu la. mungkin arwah fatimah ni keteguran atau boleh jadi jugak dia terlampau stress dengan pelbagai masalah, dan memang mudah dia diganggu dengan gangguan -gangguan yang macam tu. ini just pendapat aku je la, kesahihannya kita tak tahu. ALLAHUALAM~ 
Arwah ni student dari jurusan Pendididikan Awal Kanak-kanak, sama jugak dengan jurusan yang aku ambik masa diploma dulu. umur pun sebaya dengan aku. kesian sangat-sangat dengan arwah especially family arwah.  tapi ini semua ketentuan tuhan kan, dah tertulis ajal dia, tuhan tetap ambik dia walau apa cara sekalipun dia pergi. so kawan-kawan, sama-sama la kita sedekah al-fatihah buat arwah supaya rohnya tenang disana. amin~

kahwin ??

hari ni aku keluar ikut abang aku dengan tunang dia pegi cari baju kawen diorang .. yang peliknya, aku lak yang excited lebih .. tengok baju semua cantik cantik .. aww ! geramnyeee .. terdiam jugak la abang aku dengan kak yana nak buat pilhan .. kejap nak colour ni , kejap nak colour yang tu pulak .. he, macam macam karenah .. tapi memang betul la orang cakap, nak kawen bukan SENANG .. banyak benda nak fikir .. memang aku x nafikan .. if betul betul dah bersedia , baru lah boleh bagi komitmen untuk melangkah ke alam perkahwinan .. macam aku ni memang tak ada langsung ke arah tu . hee.. jangan kate duit je xde, calon pon entah sape sape, tak jumpa lagi .. dalam hati rasa rasa macam dah tertarik dengan seseorang , tapiiii .. biar lah.. malas nak layan perasaan ni sangat sebenarnya .. nanti diri sendiri yang merana dek kecewa .. huhu .. lagipun kalaw bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi .. tak ke malu aku nanti .. betol x ? =) tapi kalau berbunyi , alangkah bahagia rasa dihati .. kihkih =p haish~ melalut dah aku ni.. 

akhirnya petang tadi dapat gak abang aku decide n pilih baju yang sesuai masa majlis dia nanti .. tema colour krim+hijau .. cantek ouh ! aku suka hijau, so apa apa hijau aku mesti sokong .. hee .. actually aku dah berangan lama dah nak pakai serba hijau masa aku kawen satu ari nanti .. tapi, takpe la.. abang punya pasal kan, aku pilih colour lain nanti.. sape tahu nanti time aku nak kawen lagi banyak pilihan baju yang cantik cantik kan .. sabar echa , sabar ! ~ hikhik.. 
***************************************


aku suka sangat dengan ayat kat atas ni sebenarnya .. tapi bagi diri aku sendiri la kan, " i love you " dan " i miss you " sebenarnya tetap ditunggu-tunggu oleh kita orang-orang perempuan, tipu la kalau cakap x tunggu kan .. sebabnya kita yang perempuan ni mahukan perhatian dari sang jejaka .. cuma apa yang diharapkan ialah pengucapan kata-kata  " i love you " dan  " i miss you " tu biarlah terbukti dengan " aku terima nikahnya " .. baru lah dikatakan seseorang tu ikhlas dalam perhubungan yang terjalin .. jangan tahu nak berjanji je, buktikan yang anda sememangnya ikhlas dan jujur .. berjanji bukan sekadar di mulut je, tapi mesti dibuktikan dengan perbuatan .. fikir-fikir kan lah ye .. =) selamat beramal ~


rindu yang bertandang...

Assalamualaikum kawankawan...

setelah lama aku x menaip di sini, malam ni tibatiba tergerak hati ni nak berceloteh di ruangan ni.. ya, aku memang tak berapa nak ada masa untuk selalu update blog atau entryentry terbaru.. tapi malam ni aku gagahkan jugak.. aku sendiri pun tak tahu kenapa dan mengapa mimpi itu datang.. mimpi?? ya aku memang bermimpi dan aku nak share mimpi tu dengan korang malam ni.. mimpi tu membuatkan aku terasa nak meluahkan segalanya kat sini walaupun aku sendiri rasa pelik dengan mimpi tu..

korang pernah dengar tak orang menangis dalam tidur?? mesti ada yang pernah dan ada yang tak kan.. tapi benda ni betulbetul terjadi kat aku sendiri.. mulanya aku bermimpi pasal dia.. ya, dia yang pernah bertakhta di hati aku selama setahun 3 bulan.. sebenarnya aku rindu.. terlalu rindu kan dia.. dia yang sebelum ni menjadi tempat aku mengadu itu ini sekarang bukan lagi milik aku.. dan kerinduan tu terbawa-bawa sampai ke dalam tidur dan terjadinya mimpi.. mimpi tu seakan-akan mengingatkan aku tentang segala kenangan kami bersama dulu.. dan pada penghujungnya, aku meluahkan perasaan kepada seorang teman rapat aku, sambil menangis.. dan pada masa aku terjaga dari tidur tu, aku rasa mata aku berair dan mengalir di pipi.. aku lihat jam, " 4.50 pagi ".. ya ALLAH, aku betulbetul menangis, bukan sahaja dalam mimpi, tetapi realiti.. apakah maksudnya semua ni?? ya, aku tahu mimpi tu hanya mainan tidur.. aku cuba berfikir secara positif dan mengharapkan yang terbaik untuk dia.. semoga dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang dan pada masa akan datang.. amin~

sekarang, aku dah pun redha dengan takdir yang telah ditetapkan untuk aku, untuk dia, dan untuk kami.. aku tak mengharapkan dia kembali pada aku, cuma kadangkadang aku terkenang.. memang sukar untuk aku melupakan, tapi aku anggap sebagai cabaran yang perlu aku tempuh.. aku bersyukur masih ada kawankawan yang memahami, menasihati dan selalu bagi sokongan.. aku sangat berterima kasih pada insan-insan yang tak jemu menceriakan aku especially NURUL AIN , HARMAN , ASROY & FAIRUS ..  dari situ aku belajar melupakan apa yang telah berlalu.. aku syg korang sangat ! aku percaya, aku akan dipertemukan dengan orang yang lebih baik, yang boleh membimbing aku, menghargai aku.. insyaAllah, dengan izin-Nya..

Salam...


motif ??

okey. dulu anda penah add sy dan sy approve. tapi tak sampai 10 minit, sy unfriend anda balik sebab si dia marah. si dia marah sgt dgn anda. ape eh motif anda add sy dulu ? sy tertanya-tanya tanpa dapat jawapan. sekarang, bila sy dah jatuh, si dia bukan milik sy lagi, tuptup anda add sy balik? eh, mane anda tau eh sy dah xde ape ape dgn si dia? dan sy sangat tertanya-tanya apa tujuan anda nk add sy sangat? apa yang anda nk tahu sangat? apa? apa? sy faham anda dah pun bahagia dengan pasangan anda. so, tak perlu la anda nak ambik tau apa-apa lagi pasal sy atau dia. if betol-betol nak sangat, kenapa tak add je fb dia? kenapa add fb sy? ape motif anda sebenarnya?

#serabut!!!#

it's hurt to be me


Opick - Rapuh 

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yeng terindah dalam hidupku


meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu


maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai mu
dalam dada ku harap hanya
dirimu yang bertakhta


detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu



.. bicara hati ..

.. ini cerita soal hati . kadang kadang , setiap kata kata yang terucap dari bibir tidak sekata dengan hati . malah, disebalik kata kata itu mungkin adanya pembohongan . tetapi tidak pada hati . kerana hati tidak mungkin berbohong . ya . hati sememangnya tidak pernah berbohong dengan apa yang dirasakan melalui perasaan . tetapi , pembohongan dari kata kata yang terucap mungkin sekali mempunyai sebab sebab nya yang tersendiri .

manusia mungkin berbohong demi menjaga hati
manusia mungkin berbohong demi menjaga aib serta maruah
manusia mungkin berbohong demi menyembunyikan perasaan sebenar yang di rasai
manusia mungkin berbohong demi memendam sebuah kedukaan
manusia mungkin berbohong demi menjaga sesebuah perhubungan drpd tercalar
manusia mungkin berbohong demi menyatakan keikhlasan walaupun pada zahirnya tidak wujud keikhlasan itu
manusia mungkin juga berbohong mengenai perasaannya, tetapi akan mengucapkan kata kata yang penuh makna tersirat
dengan itu, manusia sentiasa berbohong dengan hati sendiri kerana terlalu ingin menjaga sekeping hati insan yg disayangi, tanpa berlaku adil dengan hatinya sendiri.

pernah anda terfikir, mengapa manusia berbohong dengan hati & perasaan sendiri ? ? sedangkan dia tahu bahawa akibat drpd pembohongan itu akan mencalarkan sekeping hati miliknya .

*berbicaralah dari hati ke hati*
*bicara soal hati memerlukan kesefahaman serta penerimaan positif dari kedua-dua pihak . berbicaralah secara adil dan saksama . insya'allah akan bahagia di kemudian hari jika wujudnya kesefahaman itu & berusaha untuk memperbaiki kesilapan lalu .

p/s : berbohong itu kadangkalanya WAJIB (dengan niat yang baik) =))