Can't wait !!! :)




hai semua . alhamdulillah dah masuk hari ke 15 kita sebagai umat islam berpuasa di bulan Ramadan , bulan yang penuh dengan kemuliaan , penuh dengan keberkatan . bermakna hanya tinggal 15 hari je lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal . macam mana agaknya sambutan syawal tahun ni ye . harap-harap lebih meriah dari sebelum-sebelum ni . mudah2an :)


tapi , yang aku nak story hari ni bukan la pasal nak sambut raya . hehehe . nak tahu tak sebab apa . sebabnya hari ni , 4 ogos 2012 ialah hari dimana aku bersama rakan-rakan di Giatmara satu masa dulu akan menghadiri reunion + majlis berbuka puasa di Shah Alam . yeay !




tak sabar rasanya nak berjumpa semula dengan mereka2 yang pernah mewarna-warnikan hidup aku masa tu . especially 4 orang kawan baik aku , zafira , azalia , syikin dan fatin . mereka2 ni la yang paling rapat dengan aku masa tu memandangkan kami semua adalah dari kos yang sama iaitu kos Jahitan Pakaian Wanita . eh , betul ke tidak nama kos aku ni . bantai la . heeee . yang penting ada kena mengena dengan jahitan kan .

so hari ni insya'allah pukul 2 petang aku akan bertolak dari rumah . tak sabar kot . semoga Allah permudahkan perjalanan kami hari ini . amin~

No comments: