ISU SEMASA | Maut Akibat Bisikan Misteri





ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.


TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.
Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.
Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.
Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.
"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.


SUMBER : kosmo! online










************************************************************************************************
mesti korang ada dengar atau tengok dekat mana-mana akhbar atau siaran tv kan pasal berita ni. dekat facebook pun dah banyak orang post. saja aku nk share dengan korang. actually tempat aku keje tak jauh pun dari bangunan ni. jalan kaki tak sampai pun 5 minit. masa kejadian ni, aku baru je keluar pintu timur tu, nak balik rumah la sebab dah habes kerja. tuptup sampai sampai je rumah, dapat panggilan dari kakak aku & dia bagitaw pasal kejadian ni. dan kebetulan office kakak aku bersebelahan je dengan bangunan E-Learning ni. tinggi tu tingkat 5 ! aku tengok dari bawah pun seram. aku pernah masuk bangunan ni dan tak tahu sampai tingkat berapa yang aku pernah naik, aku pun tak berapa nak ingat. tapi memang bangunan ni lebih tinggi berbanding bangunan-bangunan yang lain. bangunan ni actually bangunan baru taw. biasa la kalau dah nama pun bangunan baru, mesti ada je kita dengar pasal "benda-benda" tu. maksud aku yang macam bisikan misteri tu la. mungkin arwah fatimah ni keteguran atau boleh jadi jugak dia terlampau stress dengan pelbagai masalah, dan memang mudah dia diganggu dengan gangguan -gangguan yang macam tu. ini just pendapat aku je la, kesahihannya kita tak tahu. ALLAHUALAM~ 
Arwah ni student dari jurusan Pendididikan Awal Kanak-kanak, sama jugak dengan jurusan yang aku ambik masa diploma dulu. umur pun sebaya dengan aku. kesian sangat-sangat dengan arwah especially family arwah.  tapi ini semua ketentuan tuhan kan, dah tertulis ajal dia, tuhan tetap ambik dia walau apa cara sekalipun dia pergi. so kawan-kawan, sama-sama la kita sedekah al-fatihah buat arwah supaya rohnya tenang disana. amin~

No comments: