rindu yang bertandang...

Assalamualaikum kawankawan...

setelah lama aku x menaip di sini, malam ni tibatiba tergerak hati ni nak berceloteh di ruangan ni.. ya, aku memang tak berapa nak ada masa untuk selalu update blog atau entryentry terbaru.. tapi malam ni aku gagahkan jugak.. aku sendiri pun tak tahu kenapa dan mengapa mimpi itu datang.. mimpi?? ya aku memang bermimpi dan aku nak share mimpi tu dengan korang malam ni.. mimpi tu membuatkan aku terasa nak meluahkan segalanya kat sini walaupun aku sendiri rasa pelik dengan mimpi tu..

korang pernah dengar tak orang menangis dalam tidur?? mesti ada yang pernah dan ada yang tak kan.. tapi benda ni betulbetul terjadi kat aku sendiri.. mulanya aku bermimpi pasal dia.. ya, dia yang pernah bertakhta di hati aku selama setahun 3 bulan.. sebenarnya aku rindu.. terlalu rindu kan dia.. dia yang sebelum ni menjadi tempat aku mengadu itu ini sekarang bukan lagi milik aku.. dan kerinduan tu terbawa-bawa sampai ke dalam tidur dan terjadinya mimpi.. mimpi tu seakan-akan mengingatkan aku tentang segala kenangan kami bersama dulu.. dan pada penghujungnya, aku meluahkan perasaan kepada seorang teman rapat aku, sambil menangis.. dan pada masa aku terjaga dari tidur tu, aku rasa mata aku berair dan mengalir di pipi.. aku lihat jam, " 4.50 pagi ".. ya ALLAH, aku betulbetul menangis, bukan sahaja dalam mimpi, tetapi realiti.. apakah maksudnya semua ni?? ya, aku tahu mimpi tu hanya mainan tidur.. aku cuba berfikir secara positif dan mengharapkan yang terbaik untuk dia.. semoga dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang dan pada masa akan datang.. amin~

sekarang, aku dah pun redha dengan takdir yang telah ditetapkan untuk aku, untuk dia, dan untuk kami.. aku tak mengharapkan dia kembali pada aku, cuma kadangkadang aku terkenang.. memang sukar untuk aku melupakan, tapi aku anggap sebagai cabaran yang perlu aku tempuh.. aku bersyukur masih ada kawankawan yang memahami, menasihati dan selalu bagi sokongan.. aku sangat berterima kasih pada insan-insan yang tak jemu menceriakan aku especially NURUL AIN , HARMAN , ASROY & FAIRUS ..  dari situ aku belajar melupakan apa yang telah berlalu.. aku syg korang sangat ! aku percaya, aku akan dipertemukan dengan orang yang lebih baik, yang boleh membimbing aku, menghargai aku.. insyaAllah, dengan izin-Nya..

Salam...


No comments: