beri aku masa ..

.. hari ni kesihatan bertambah teruk . mana tak nya , tiba-tiba dapat pulak sakit mata . ya allah , besar betul dugaan buat aku . tapi aku redha je . mungkin tuhan nak uji sejauh mana aku mampu bertahan melawan segala penyakit yang ada pada aku sekarang . faktor musim pun ye jugak ni . hujan panas hujan panas . betul tak ? suhu badan pun jadi tak menentu . sebab tu demam , selsema , batuk aku berpanjangan . 

*kalau nak ikutkan entry aku malam td , sekarang pun aku still lagi rasa tak okay . aku pun tak tahu sampai bila aku akan berperasaan macam ni . aku tak sanggup nak lalui sebenarnya , tapi memandangkan dah terlajak , aku tetap kena tempuh semua ni . aku tahu , aku tak boleh tipu diri sendiri . dan aku jugak tahu aku tak boleh tipu sesiapapun yang berkenaan . sebenarnya , aku masih belum nak serius ke arah tu . setelah banyak yang aku lalui tahun-tahun sudah . sekarang aku rasa aku patut perbaiki sebaiknya . aku patut betulkan mana yang salah , mana yang tak patut aku ulangi . dan sekarang jugak , aku sendiri rasa serba salah . selepas pertemuan tempoh hari , aku jadi takut . bukan takut sebab apa , tapi takut sebab tak jujur dengan diri sendiri yang sememangnya aku dah pun tipu diri sendiri . ahh ! korang mungkin tak kan faham . cuma ini yang dapat aku kongsikan . yang selebihnya , biarlah hanya aku dan yang maha kuasa saja yang tahu . aku perlukan masa . terlalu banyak yang perlu aku fikirkan . beri aku masa .....  ~

No comments: