" Maaf , aku tak bersedia .. "

" MAAF "

.. adalah satu-satunya ungkapan yang dapat aku ucapkan buat masa ni . aku semakin keliru dengan jalan cerita perjalanan hidup aku . luka yang lama , masih berdarah sehingga kini . tak dapat aku nafikan lagi perkara ni . luka yang aku fikir mampu sembuh dengan kehadiran kau , tapi ternyata aku silap . kehadiran kau mewujudkan lagi bayang-bayang kenangan lalu . aku tak faham dengan diri aku sendiri . aku seakan-akan membeza-bezakan antara kau dan dia . aku tahu , kau dengan cara kau , aku dengan cara aku , dia dengan cara dia . kesemuanya berbeza . 

aku tahu kau takkan dapat faham tentang diri aku sebagaimana dia memahami aku suatu ketika dulu . bila aku dah melangkah setapak , keseriusan aku serta komitmen aku adalah 100% . pernah kau faham semua tu . tidak kan ? aku cuba untuk mengikut rentak kau , rentak yang selama ni tak pernah aku ikut . akhirnya aku sedar aku tak mampu untuk berubah hanya sebab cara kau yang berbeza . aku tak mampu bertahan sepertimana yang kau inginkan . aku tak mampu untuk menjadi orang lain . aku adalah aku . aku mengaku kau memang dah lama kenal aku . tapi kau belum mampu memahami aku sepenuhnya . dunia kau adalah dunia maya . berbeza dengan aku . kita mampu jadi kawan sebelum ni , namun untuk menjadi lebih daripada tu aku rasa ianya sangat payah . terlalu payah untuk aku pertahankan . aku lebih menjadi kepada seorang yang cepat tersentuh dan cepat naik angin dengan sikap kau . aku tertekan dengan semua ni . 

disebabkan bulan ni adalah bulan yang sangat mulia , aku lupakan kemarahan aku untuk elak aku lepaskan kemarahan pada kau . sangat sakit bila menahan kemarahan . sangat sakit bila terpaksa menipu diri sendiri . sangat sakit bila kau anggap ianya satu gurauan . dan sangat2 sakit bila kau hanya mampu tergelak kecil melihat aku meluahkan segala ketidakpuasan hati ini . aku dah kata kau takkan pernah faham dan kau sememangnya taknak faham .



 ternyata aku masih belum bersedia ke arah tu . aku masih perlu membaik pulih luka yang masih  pedih . soal hati aku tak mampu nak memaksa . beri aku masa untuk semua ni . aku sangat-sangat perlukan masa untuk melupakan dia , masa untuk mencari kembali ketenangan dalam diri aku , masa untuk membaikpulih luka dalam hati , masa untuk belajar menerima insan lain , masa untuk memperbaiki cinta dan masa untuk mengubah kehidupan ke arah yang diredhai olehNya . maafkan aku I.F.A.H , aku belum bersedia menerima kau .. T_T

1 comment:

Anonymous said...

melalui perhubungan apa sekalipun tidak kira percintaan mahupun persahabatan sangat memerlukan tolak ansur dan kefahaman antara satu sama lain, kadangkala kita cuba faham perilaku pasangan tetapi sebenarnya kita sendiri yang menyesakkan keadaan kerana terlalu ingin difahami, sebenarnya tolak ansur sangat perlu, mungkin perlunya berjauhan dalam tempoh masa tertentu untuk menimbulkan kembali rasa rindu dan sayang itu, hanya kita yang tahu kelemahan diri kita dan jika kita rasa kita sudah berada dalam laluan yang betul, kita teruskan tetapi dalam masa yang sama cuba minta pendapat pasangan adakah cara ini yang dia inginkan, jika dia setuju, teruskan jika tidak, tanya kembali pada dia, "sebenarnya kau nak aku buat apa untuk selelsaikan kemelut ini", jika die enggan beri jawapan yang pasti, sememangnya permasalahan ini timbul kerna dia..terus bersabar semoga tabah hadapi dugaan.